Kami adalah sebuah tadika berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan mempunyai lesen operasi dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
No. 77, Jalan Ecohill 1/3B, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor.
+019-317.7064
TADIKAIMC(at)GMAIL.COM
WWW.TIMC.EDU.MY
Kejiranan Setia Ecohill
Kawasan kejiranan berpagar dan berpengawal memberikan perlindungan keselamatan terbaik untuk anak-anak anda. Ini bukanlah suatu kesukaran bagi mereka yang tinggal di luar kawasan Setia Ecohill, kerana kemudahan access akan diberikan. Tadika kami terletak di sebelah Persiaran Ecohill Timur, yang kini menjadi jalan alternatif bagi penduduk Semenyih untuk ke Kuala Lumpur dan Seremban. Buat masa ini, 65% pelajar kami adalah datangnya dari Taman-taman sekitar Semenyih dan Kajang, memujudkan suatu pola pelajar dari pelbagai kawasan sekitar.
Perkhidmatan Kami
Silibus KSPK dan Kepatuhan syarat KPM
Tadika kami menyediakan dan mengajar subjek sejajar dengan silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tadika ini juga sentiasa mematuhi keperluan KPM.
Kelas Iqra dan Praktikal Smart Solat
Teknik bacaan Iqra' untuk penguasaan asas al-Quran dengan penyampaian secara "Talaqqi Mushafahah".
Program e-Xra Bahasa Melayu dan English
Teknik bacaan "eclectic-Xpress Reading Approach" (e-XRA) untuk penguasaan membaca dan menulis Bahasa Melayu dan English
Program Little Scientist dan Euler's Maths
Program dari Alfa and Friends, Little Scientist untuk subjek Sains dan Euler's Maths untuk subjek Matematik. Lengkap dengan buku latihan dan learning kit yang menyediakan pelbagai eksperimen dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak.
Kemudahan Sekuriti dan Fasiliti Terbaik
Tadika ini terletak di komuniti berpagar (gated-community) dengan kawalan sekuriti 24 jam. Malah Tadika ini terletak bersebelahan dengan jalan utama masuk yang dikawal ketat dimana terletaknya pos kawalan keselamatan. Tadika IMC juga dilengkapi kemudahan Ip-CCTV berdefinisi tinggi (HD) untuk ciri keselamatan tambahan. Premis Tadika IMC juga telah mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan untuk kelulusan dari segi keselamatan kebakaran, kesihatan dan pemakanan para pelajar.
Guru Berpengalaman dan Berketerampilan
Guru-guru kami mempunyai latar belakang yang berbeza dan setiap satunya mempunyai minat dan passion untuk mendidik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar. Dengan mengaplikasikan teknik pengajaran dan pendidikan formal dan tidak formal, tidak hairanlah para pelajar kami sentiasa mahu ke sekolah setiap hari!